Welcome To MSNS Holdings Sdn Bhd

MSNS Holdings Sdn Bhd (MSNSH) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 pada 9 Oktober 1991 dan telah mula beroperasi pada tahun 1995.

MSNSH adalah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan beroperasi di Aras 4, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.

MSNSH bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan aset-aset seperti Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Carlton Holiday Hotel & Suites, Pusat Akuatik Darul Ehsan, Kompleks Sukan Sukses, Seksyen 6, Kompleks Sukan Lawn Bowl, Seksyen 13, rumah kedai serta ruang pejabat.

MSNSH juga merupakan pemegang Hakcipta Intelek bagi jenama SUKSES sejak tahun 2005 lagi. Antara produk SUKSES yang dijual adalah seperti pakaian dan peralatan sukan.

Disamping itu, aktiviti perniagaan MSNSH juga merangkumi kepada pengurusan acara terutamanya acara yang berkaitan dengan sukan seperti karnival sukan, penyewaan gelanggang dan “outdoor” games.